Pegaga atau lebih dikenali dengan nama Centella asiatica di negara ini ialah sejenis pokok perubatan yang bukan sekadar memiliki kebaikan dari segi kesihatan dalaman, malah memberi impak besar kepada kecantikan seseorang. Istimewanya, ia mengandungi pelbagai nutrien antaranya asid asiatik, kalsium, potasium, fosforus, beta karotin, vitamin C, tiamin, niasin dan riboflavin. Sifat antibakteria yang ada pada pegaga membuatkan ia turut digunakan sebagai rawatan tradisi untuk Resdung,sakit kepala yang kronik, jangkitan bakteria dan virus seperti selesema, jangkitan saluran kencing, influenza dan batuk kering. Pegaga dikatakan mampu merawat Âkerosakan kulit secara tradisi selain meningkatkan peredaran darah untuk memberikan wajah lebih berseri kepada mereka yang rajin mengamalkan makan pegaga.
Reviews
There are no reviews yet.